mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Tuesday, October 5, 2010

Stanza Cinta untuk mama tercinta…




“I want be the first children wishing hepi bufday to you dis year mum.Selamat Hari Lahir yang ke 54 mama. Moga hidupmu di dalam keberkatan Ilahi. Hehe. Mama ingat ke kul bape arwah Chek lahirkan mama?” begitulah lebih kurang perbualan nureen dengan mama tercinta. Ah, rindu menggamit lagi!!! Homesick mula menghadirkan diri. Takpe-takpe, next week balik yer. Tiap-tiap bulan balik kelate. Macam dekat jer kan kelate dengan Melaka. Takpe, my future husband pun ore kelate gak. So, no worries. Moga Allah permudahkan urusan perkahwinan kita. Ameen.

Mama, maaf sebab tahun nie masuk kali kedua anakandamu ini tidak dapat pulang menyambut hari lahirmu seperti lazimnya. Maaf sebab tak dapat penuhi janji untuk pulang hari ini. I have test tomorrow nite and two presentation the next day. Sudah kukirimkan hadiah Stanza Cinta khas untukmu. Coretan dari zuriatmu ini. Kuturut meminta adik membelikan buku “Jadilah Wanita yang Paling Bahagia” bagi pihakku. InsyaAllah, sekejap lagi adik akan bagi kat mama. Apa yang terkandung di dalam buku tersebut sangatlah bernilai jika dibandingkan dengan harga senaskah buku tersebut.

Mama kusayang, moga mama menjadi wanita yang paling bahagia. Berbahagialah ibuku…Mama, insyaAllah, mulai tahun hadapan, tiap kali menjelang 5 Oktober anakandamu ini akan berada di sisimu. Mengembirakan dirimu seperti selalu. Sedikit lega bila dapat menceriakan mama bila telefon tadi. Kak yue, adik, abang eddie, uda, and pak su, thanxs sebab sudi rancang surprise bufday party kat mama. Kak yue, adik, maaf sebab tahun nie tak dapat join korang. Moga tahun depan masih ada untukku membahagiakanmu, duhai ibuku…Dari jauh kudoakan buatmu mama.

Stanza cinta untuk mama….


“Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunnya dengan bahan yang istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat, yang dicipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya. Bahu ibu pula dibina dengan bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka.

Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adlah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya, Air mata tika menahan derita daripada kerenah anak-anak yang sering menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya.”

“Ya Allah, berikan daku waktu yang cukup banyak untuk berbakti kepada mamaku. Panjangkan umur mamaku, panjangkan umurku, beri daku waktu ya Allah. Banyak sekali yang ingin aku lakukan untuk mama. Banyak sekali perkara yang ingin aku korbankan untuk membahagiakan mereka.

Mamaku yang tercinta, semperna hari lahirmu, kutujukan warkah luahan hati ini sebagai pengganti diriku, untuk menyatakan betapa aku menyayangi dan mencintai mama selepas Allah dan Rasulullah. Aku sangat ingin mama mengerti bahawa aku sungguh mencintai mama seperti aku mencintai syurgaku.

Ampunkan daku mama, kiranya dalam tempoh 22 tahun ini aku pernah membuatmu bersusah hati dengan kerenahku. Ampunkan daku mama jika bicaraku pernah mengguris hatimu. Ampunkan daku mama jika aku pernah mengingkari permintaan dan suruhanmu. Ampunkan daku mama jika sepanjang tempoh ini aku gagal menjadi penyejuk matamu. Penyejuk jiwamu. Gagal membuat mama bersa bahagia denganku.

Pintaku agar Dia menyayangi dan mengasihi mama, sepertimana mama menyayangi dan mengasihiku sedari aku kecil. Agar Dia mencintai mama lebih daripada mama mencintaiku. Agar Dia memberikan mama kebahagiaan lebih daripada kebahagiaan yang kumiliki. Agar Dia membuatkan mama tersenyum bahagia lebih daripada mama membuatku tersenyum.”

“Ya Allah, aku menyayangi dan mencintai mamaku kerana-Mu. Tuhan, lindungi ibu selalu daripada segala bahaya dan dukacita. Selalulah Engkau ukirkan senyuman di wajah mama, supaya kutahu mama sedang berbahagia dengan hidupnya. Selalulah Engkau payungi mama dalam rahmat dan kasih sayangMu yang tidak bertepi itu.”

“Duhai mama, sayangmu kubawa ke syurga, Mama, tiada hadiah yang mahal mampu kubeli untuk hari lahirmu. Tiada peluk cium dariku seperti selalu kerana aku jauh di Selatan. Namun, doaku sentiasa kutitipkan pada Sang Pencipta. Hanya segulung ijazah yang bakal kuperoleh pertengahan tahun depan yang mampu kuhadiahkan buatmu mama. Moga kumenjadi anak yang boleh mama banggakan. Boleh mama menarik nafas lega serta sejuk perutmu melahirkanku. Mama, aku tak pernah lupa akan harapanmu untukku melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. InsyaAllah, hasratmu akan kutunaikan. Moga Allah permudahkan jalan bagiku. Bukan setakat Master, cita-citaku ingin mendapatkan gelaran Professor Madya (PM) suatu hari nanti. Mama, doakan kejayaan anakmu ini. Doakan anakmu ini berjaya grad dengan first class degree.Insyallah. Mama, doakan urusan membina masjid kami dipermudahkan di depan khabah nanti yer. Moga masjid yang bakal dibina dapat mencegah kami daripada zina-zina kecil, mahupun zina besar. Nauzubillah hi minzalik….
 Salam sayang penuh cinta daripada anakmu yang kian dewasa.
Daripada zuriatmu yang bernama Nur Hidayah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...