mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Thursday, October 28, 2010

nureen telah dikhitbahkan...

Baca sekali lagi tajuk entry nureen...

Usah digenyeh-genyeh mata yang tak gatal tue...kerna kamu memang tak salah baca....

Iye, nureen a.k.a cahaya petunjuk a.k.a hubbul telah dikhitbahkan...

Seorang hamba Allah yang melamar nureen itu...pada mulanya nureen terkejut dengan caranya...nureen ada menyatakan padanya sebelum ini yang hati ini telah dimiliki...namu, nureen juga memberitahu bahawa diri ini hanyalah milik Allah dan kedua ibubapaku...belum ada lagi yang mengkhitbahku

Lantas, akhi menyatakan hasratnya....

"kalau enti sudi menerimanya kerana ALLOH insyaalloh kalau x tinggalkan ana kerana ana ALLOH..
enti kata xde yang menyatakan lagi hasrat untuk menjadikan enti isterikan jadi ana menyatakan hasrat itu kpd enti.."
Begitulah petikan yang nureen ambil di dalam perbualan kami....

Nureen meminta izinnya untuk membuat solat istiqaroh terlebih dahulu, serta memkhabarkan lamarannya kepada ibubapa nureen yang sedang mengerjakan haji di Mekah kini....



Azan Asar sedang berkumandang.....

Izinkan nureen berundur dulu untuk menghadap Kekasih hatiku....

hubbul says : Adakah berita ini akan sampai ke pengetahuan si dia? Mengapa bukan si dia? Kuserahkan padaMu Ya Rabbi kerna ku tidak punya jawapannya....

1 comment:

Cahaya petunjuk said...

utk solat istiqoroh aku perlu sucikan hati...bersihkan hati...bagaimana ingin kulakukan sedangkan di dalam hatiku masih ada dia...oh Tuhan, bantulah hambaMu ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...