mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, October 4, 2010

Arabian Night

bila agaknya nureen akan memakai purdah?

fida & hubbul

hubbul, fida & via

hubbul & via

Baru jer balik dari Sabah, nureen ada dinner plak kat Hotel Renaissance, Melaka. Dinner nie khas untuk pelajar Sarjana Muda International Business jer. Suker dengan tema dinner kali nie. Arabian Night. sememangnya nureen banyak baju yang kena dengan tema dinner. Tapi, nureen pilih jubah favorite nureen sebagai pilihan. Pada mulanya nak beli selendang hitam sebab da lama cari, tapi disebabkan penat, nureen batalkan hasrat tersebut. Ala, bantai jer tudung yang sedia ada. And jadi la nureen macam pic di atas. Hurm, masa masuk, ramai yang terkejut dengan nureen. Sebab diorang jarang tengok nureen pakai celak. Ala, korang jer xtahu yang classmate korang nie pandai melaram and make up. Cuma nureen xsuka mekap. I luv nature beauty.

Tiga pictures di atas telah diambil oleh sorang pak cik yang nureen tak kenali. I call him uncle kastam. Sebab dia keje kastam and pakai baju kastam masa tue. Hurm, sebenarnya gambar kedua dan ketiga dikandid. Bila masa uncle tue ambik nureen pun tak perasan. Sebab da tahu uncle nie dari tadi duk snap pic budak-budak IB, nureen ambil keputusan untuk tak bukak purdah.

And pic yang atas sekali tue diambil di atas permintaan uncle kastam bila nureen nak balik. Masa tue da pegang pintu dah. Ikut hati memang xnak bagi, sebab tak kenal, tapi bagi sebab nak jaga hati uncle tue. Esoknya ada request dari uncle nie kat FB. eh, mana la uncle nie dapat FB nureen ek? Hurm, upe-upenya uncle nie upload gambar kitaorg kat FB dia. And one of my friend tag my pic. Nasib baik uncle tue privatekan pictures dia. Pape je la uncle...anyway thanxs uncle kastam...

18 Oktober nie ada lunch plak. Kali nie lunch untuk Pra Graduan lak. tak tahu lagi hotel mana cuz sume hotel penuh. Hurm, terpaksa la balik melaka awal lepas hantar mama g Mekah...tak pelah, last memory as a student.

p/s: masa nie cik via asyik panggil nureen hubbul jer. i like it via. Cahaya cintaku plak kater pic nureen nie mengingatkan pada cerita Ketika Cinta Bertasbih....(+.*)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...