mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Wednesday, October 6, 2010

hari-hari yang amat memenatkan....

Hari nie nureen ke kelas macam biasa. kul 8.30pagi kelas. Hurm, hari nie nureen denda diri sendiri sebab tak mengendahkan test, sebaliknya sibuk memikirkan masalah-masalah lain.

Apa dendanya? Nureen perlu stay di kampus sampai habis test pada jam 10 malam walaupun kelas nureen habis jam 4 petang lagi. Nureen buat study group bersama classmates yang lain. Alhamdulillah, test tadi dapat jawab. Tapi, bateri badan nureen dah lemah selepas seharian di kampus. Don't do the same thing again ye cik nureen sayang....

Balik jer test, nureen balik mandi di rumah and terus ke rumah group member untuk discussion. Esok kami ada 2 presentation. Present project paper tentang company yang kecik. Strategic management. hurm, susah gak la sebab semua primary data and banyak kena perah otak.

Esok nureen kelas start dari pukul 8.30 pagi sampai 2.30 petang non-stop. Direct 3 kelas terus. Habis jer kelas nureen terus ke Melaka Sentral sebab bas nureen ke Shah Alam pukul 3.15 petang.

Malam nie tidur umah via lagi. Siapkan keje. Penat sangat hari ini. Lepas subuh esok balik umah and packing barang untuk pergi briefing praktikal.

Tadi, sorang kawan kat FB chat lagi. Azizul Azman. Mintak maaf kat sume sebab terlampau sibuk. Hidup pun terasa terumbang-ambing dan kelam kabut skit.

Namun, nureen belum lupa tugas seorang kakak. Lepas test tadi, nureen bercakap dengan Harith a.k.a Uda tentang PMR dia hari ini. Maaf Uda sebab hanya dapat bagi sokongan dari jauh jer. Jawab exam tue elok-elok tau bro. Jangan hampakan mama. Ingat masa depanmu. Hari nie kan bufday mama, jadi hadiahkan mama dengan kesungguhanmu belajar tue skit.

Jam dah menunjukkan jam 3 pagi. Dek banyak komitmen yang menuntut, nureen da sakit belakang sangat dua tiga hari nie. Macam orang tua lak rasa. Klah, badan nie dah tuntut haknya. Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...