Hurm, sekarang pun kesibukan nureen belum jugak reda. Apatah lagi bila balik dari trip nureen demam. So, sedikit sebanyak pergerakan nureen akan terbatas dan slow. Kena marah sebab xmakan ubat. Tq cahaya cintaku sebab take care. Tq to via jugak sebab paksa hubbul makan buah oren banyak2. Walaupun nureen sebenarnya tak suka buah oren. Tapi, Alhamdulillah I’m getting better now…Kepada rakan-rakan yang lain, tq jugak sebab ambil berat tentang Cahaya Petunjuk. To Wan Mohd, tq sebab rajin tanya khabar CP. Akhi Hafiz Muslim, syukran jazilan tau. Kerana memahami diriku yang tersangat sibuk, hingga tak sempat nak update page Hubbulillahiyah.
Pejam celik pejam celik hanya tinggal dua minggu lagi untuk nureen menjalani kehidupan sebagai pelajar sepenuh masa. Hati mula rasa sayu. Tapi, dalam masa yang sama tak sabar untuk merempuh kehidupan baru. Selepas raya Aidiladha nanti nureen akan tinggalkan negeri Bersejarah ini. Maaf, kita tak serasi seperti mana yang kujangkakan. Jiwa dan raga nureen di Shah Alam. Shah Alam ibarat rumah kedua nureen. Tak sabar nak berpindah ke Shah Alam….dalam masa yang sama debaran di hati…Sekarang nureen akan turun ke Shah Alam tiap kali ada kelapangan waktu untuk menguruskan hal-hal di sana. Moga Allah mempermudahkan urusanku….
No comments:
Post a Comment