Ilmu rahsia sebenarnya untuk semua manusia terutama umat Islam tetapi ada yang tidak dapat menerima kerana kejahilan mereka atau kerana pangkat dan kedudukan serta pelajaran mereka yang KONONNYA DI ANGGAP lebih tinggi daripada orang yang memberi salam peringatan ini.Jika kita mengkaji kembali dalam Al-Quran,banyak tentang sejarah Nabi Adam sehingga Nabi terakhir iaitu Muhammad s.a.w. menceritakan tentang kehebatan seseorang yang dapat menguasai ilmu Tuhan yang Maha Esa dan Allah menunjukkan sesuatu mukjizat atas kaum yang meminta sesuatu yang mustahil dilakukan oleh manusia biasa tetapi mereka tetap mendustakan Nabi-Nabi Allah.
Berlainan pula di zaman sekarang, ia tidak lagi dipanggil mukzijat tetapi di panggil karamah dan semua orang boleh menguasainya jika ia tahu ilmu tersebut.Sejarah akan berulang kembali apabila seseorang yang biasa menunjukkan sesuatu yang luar biasa masyarakat akan menggelarkannya sebagai ilmu hitam atau menggunakan jin kerana minda kita telah diterapkan oleh penjajah dgn balaci-balaci yang bertopengkan islam untuk mengelirukan masyarakat umum tentang perkara luar biasa ini.Ini berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w,masyarakat Arab mengatakan Muhammad gila apabila baginda menyatakan perkara yang bertentangan dengan apa yang mereka tahu.Itu ketika di zaman kekasih Allah masih hidup tetapi sekarang baginda telah wafat,yang tinggal hanya wali-wali dan orang mukmin menyampaikan seruan dengan mengatakan ilmu yang tak biasa kita dengar dan masyarakat akan mengatakan sesat….TETAPI harus diingatkan jika sesuatu ilmu itu melanggar asas-asas Rukun Islam dan Iman,barulah ia boleh dikatakan terpesong AQIDAH.Adakah segala nota yang saya tuliskan menjejaskan aqidah anda?tidak sama sekali...Sebaliknya telah mengukuhkan keimanan anda terhadap ISLAM....
Mengapa dipanggil ilmu rahsia? kerana hanya manusia yang mencari dan mengenal Tuhan sahaja akan berjumpa dengan Tuhannya dan kaum kafir terutama yahudi sedang berusaha gigih untuk memusnahkan manusia-manusia di zaman ini(terutama orang-orang Islam) yang inginkan mengenal Tuhannya.Ini kerana mereka tahu orang-orang inilah yang akan memusnahkan mereka(kaum yahudi) diakhir zaman seperti yang tertulis dalam Al-Quran...Ilmu ini dirahsiakan untuk mengelakkan fitnah dan pembunuhan orang-orang berilmu seperti cerita penghuni gua ashabul kahfi(anda cari dan fahamkan cerita ashabul kahfi,rujuk ustaz/uztazah di kawasan persekitaran anda) dan ramai yang tahu tentang ilmu ini di bunuh.Cuma tinggal hanya orang ramai yang hanya tahu membaca Al-Quran dan As-Sunnah tetapi tidak memahami 1001 maksud tersirat yang terkandung dalam kitab suci itu.
Mengapa saya merahsiakan identiti di alam maya?
Kerana sahabat-sahabat saya sentiasa menasihati saya supaya jangan akses Facebook kerana mereka(musuh-musuh Islam) akan melihat aktiviti kita,mereka akan mencari kita sampai ke lubang cacing sekali pun,untuk membunuh pejuang-pejuang Islam yang berjuang di jalan ALLAH s.w.t.
Sesungguhnya apa yang saya lakukan ini hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.Saya menggunakan alam maya ini tatkala kerana saya SEDAR RAMAI DI KALANGAN KITA menggunakan internet ini sebagai satu platform untuk berkomunikasi.Walaupun sahabat-sahabat saya sering menasihati saya supaya kurangkan mendedahkan diri di alam maya Facebook,saya berjanji kepada mereka bahawa saya TIDAK MENUNJUKKAN LATAR BELAKANG,GAMBAR,UMUR DAN BIODATA PERIBADI SAYA,kerana apabila segala maklumat itu dapat di tangan YAHUDI,habislah pejuang-pejuang tentera Allah yang berjuang ke jalan Allah(Fisabilillah) yahudi akan mencari sehingga ke akar umbi.
Mengapa kadangkala kata-kata yang saya ungkapkan menusuk jiwa anda sehingga menyebabkan ada yang berkata saya terlalu banyak berkata-kata???
Anas bin Malik r.a berkata yang bermaksud:
“Ketika Rasulullah s.a.w memasuki kota Mekah untuk melaksanakan umrah qadha’,Ibnu Rawahah berjalan di depan beliau sambil melantunkan kata-kata:
Singkirkanlah orang-orang kafir dari jalan Rasul hari ini,kami akan menghentam kalian agar beliau bias masuk,hentaman yang dapat melepaskan kepala dari leher,hentaman yang dapat membuat seseorang kekasih melupakan kekasihnya
Setelah itu,Umar berkata ,Wahai Ibnu Rawahah!Engkau melantunkan syair,sementara engkau berada di hadapan Rasulullah s.a.w,dan di tanah suci Mekah?
Rasulullah s.a.w. bersabda,”Biarkanlah dia,wahai Umar!Kerana kata-kata lebih cepat menusuk orang-orang kafir daripada lemparan anak panah” [Riwayat Tirmidzi dan Nasai]
Saya ulang sekali lagi ayat ini, kata-kata lebih cepat menusuk orang-orang kafir daripada lemparan anak panah.
Saya ulang buat kali kedua ayat ini, kata-kata lebih cepat menusuk orang-orang kafir daripada lemparan anak panah.
KATA-KATA LEBIH CEPAT MENUSUK ORANG-ORANG KAFIR DARIPADA LEMPARAN ANAK PANAH.
Mengapa saya sering memberikan SALAM PERINGATAN di alam maya ini?
Kerana SALAM PERINGATAN ini sentiasa beredar di alam maya 24 jam berterusan dan segala SALAM PERINGATAN ini kekal untuk dihayati oleh semua manusia.Semakin hari semakin ramai yang menyambut SALAM PERINGATAN dan semakin hari semakin ramai turut menyokong SALAM PERINGATAN ini dengan setulus jiwa. Salam peringatan di alam maya lebih kukuh berbanding memberi salam peringatan di alam realiti?Mengapa saya berani berkata sedemikian?Lihatlah kembali NOTA-NOTA yang saya tuliskan,semakin ramai yang berkunjung di sini dan memberikan pelbagai... hujah masing-masing serta berkongsi pendapat. Salam peringatan ini turut dilihat oleh orang lain pada waktu saya kesibukan atau di waktu tengah malam berbanding jika saya berbicara di alam realiti.Contoh di alam realiti,tatkala saya menegur cuma seorang kaum hawa supaya menutup aurat,belum tentu seorang itu benar-benar menghayati SALAM PERINGATAN yang cuba saya sampaikan.Berbeza pula di alam maya,saya berbicara melalui NOTA-NOTA saya,dengan hanya sekali berbicara,semua orang melihat dan sudi membaca apa yang tersirat di sebalik SALAM PERINGATAN ini dan sudi sebar-sebarkan SALAM PERINGATAN yang cuba saya sampaikan. Sesungguhnya jika SALAM PERINGATAN ini di sambut menerusi alam maya dan disebarkan serta dilaksanakan di alam realiti oleh semua pembaca,saya yakin bakal memaparkan satu impak anjakan paradigma yang lebih pantas dan berkesan kepada jiwa manusia yang inginkan kembali kepada kehidupan yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Ku menulis BUKAN KERANA inginkan nama, BUKAN KERANA mahukan gambar ku terpampang rasmi di alam maya ciptaan partner-partner dajjal,BUKAN KERANA inginkan mendapat tempat di kalangan masyarakat, BUKAN KERANA inginkan darjat dan kedudukan yang tinggi di dunia ini, BUKAN KERANA berteraskan pada wang…cukuplah sekadar penulisanku menjadi tatapan umum manusia,selagi ianya tidak bertentangan dengan aqidah seseorang itu,sebaliknya meningkatkan lagi keimanan manusia yang sudi membacanya supaya benar-benar menghayati 1001 makna di sebalik “ISLAM”.Ku bakal menjelma,andai tiba masanya ALLAH S.W.T mengizinkan ku menjelma untuk bersua muka bersama anda....Untuk waktu ini,biarlah kehadiranku di alam maya membuatkan anda lebih mengenaliku melalui apa yang ku bicarakan di sini...Salam Ukhwah,Salam Perjuangan,Salam Motivasi....
Saya ingin menyampaikan sesuatu yang berguna kepada anda yang mahu berfikir menggunakan akal.Kita berada di penghujung zaman dan perkara yang Allah janjikan pasti berlaku.Apakah persediaan kita jika tidak mengetahui ilmu makrifat, hakikat, tarekat dan kita hanya tahu tentang ilmu syariat sahaja?Dapatkah kita mengenali Imam Mahadi, tentera panji hitam dan yang paling mustahak Nabi Isa a.s(dikhuatiri apabila Nabi Isa turun nanti,ramai yang menafikannya kerana tidak berilmu)?Dapatkah kita melawan fitnah dajjal dan partner-partnernya jika kita tidak berilmu dengan ilmu yang sepatutnya?Dapatkah kita mempertahankan Islam dengan sepenuh hati jika kita hanya berbangga dengan keturunan Islam bukan Islam sejati?
Jadi di sini saya menyeru dan menyampaikan peringatan kepada semua pengunjung di alam maya untuk mencari ilmu yang tersembunyi ini supaya kita semua tidak tergolong dalam golongan orang yang sesat.Tanyalah dengan orang yang terdekat dahulu mungkin ada yang tahu tentang ilmu rahsia ini. Lihatlah kembali nota-nota yang ku tuliskan?Adakah menjejaskan aqidah anda?tidak sama sekali...Sebaliknya telah mengukuhkan keimanan anda terhadap ISLAM....Sememangnya kiamat itu rahsia ALLAH bila bakal berlaku,TETAPI tidakkah anda mengetahui bahawa Allah s.w.t(meninggalkan Al-Quran kepada umat) dan Rasulullah s.a.w meninggalkan hadisnya untuk kita mudah mengetahui petanda SEMPADAN-SEMPADAN AKHIR ZAMAN???
Saya ulang sekali lagi,
Memang kiamat itu rahsia Allah s.w.t,namun Allah telah memberikan petanda-petanda pada kita untuk kita beringat,Rasulullah ﷺ juga memberitahu kita melalui sunnahnya.Lihatlah betapa Allah s.w.t dan Rasulullah ﷺ sayangkan kita yang mahu mengambil petunjuk hidayahnya.
Sekiranya asbab yang berlaku di sekeliling kita terjadi dengan kehendak Allah,
tatkala hukum fizik itu berjalan atas landasan yang betul,
yang tidak diadunkan dengan sebarang keramat dan mukjizat,
yang hakikinya berjalan dan bergerak atas faktor hukum alam yang tersedia secara semulajadi,
yang selari pula dengan semua firman Allah melalui ayat Al-Quran,
yang disahkan pula dengan semua rekod kata-kata Nabi melalui hadis-hadis sahih 1400 tahun yang lalu ,
dan dibuktikan secara perlahan-lahan di depan mata anda melalui TANDA-TANDA BAKAL KEHANCURAN ALAM,
dan dibuktikan secara perlahan-lahan di depan mata anda melalui TANDA-TANDA MASYARAKAT,
dan dibuktikan secara perlahan-lahan di depan mata anda melalui TANDA-TANDA TAMADUN,
dan terjadi pula semua tanda-tanda ini berlaku di zaman kita bernafas hari ini...Renung-renungkanlah....
Ketahuilah bahawa Ayat Al-Quran tentang petanda-petanda sempadan akhir zaman itu benar,rekod-rekod hadis berkenaan petanda-petanda sempadan akhir zaman itu benar,semua bukti yang bersandarkan sains itu telah pun membenarkan betulnya amaran Al-Quran dan sahihnya rekod Hadis
Semoga anda dapat menerima nota-nota saya yang akan datang lagi dengan hati terbuka kerana kata-kata saya,bukannya omong kosong.Selamat membaca…Semoga kita semua saling berkongsi maklumat yang bermanfaat bersama dan BERNAUNG DI BAWAH SATU BENDERA YANG AGUNG yang tertulis kalimah "LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULLULLAH"(dua kalimah syahadah)
No comments:
Post a Comment