mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Sunday, October 3, 2010

BRIEFING PRACTICAL TRAINING…


Hari Rabu nie turun S. Alam lagi. Hari Khamis ada briefing praktikal. Kat mana nureen praktikal? Syarikat ape? Maaf yer, atas sebab-sebab keselamatan diri nureen, nureen terpaksa rahsiakan. Takut ada yang berniat jahat. Hurm, kadang-kadang kita kena think negative gak. Maaf yer. Sujud syukur kupadaMu Ya Rabbi…tanda syukurku padaMu kerana mempermudahkan urusan praktikalku. Alhamdulillah. Terdetik rasa bertuah di hati kerana nasibku baik berbanding para sahabat-sahabatku. 

Pada mulanya nureen risau sebab tempat praktikal yang nureen dapat nie agak terpesong skit dengan kos yang nureen ambik. Tapi, disebabkan sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada syarikat ini, nureen meneruskan jua. Nureen meneruskan tekad yang satu ini disamping doa yang tak pernah putus pada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar. Yang pasti, nureen nak praktikal dan kerja di situ suatu hari nanti.

Sungguh, Allah itu Maha Mendengar lagi Mengetahui hati hamba-hambaNya. Semalam nureen mendapat berita bahawa geng JPK nureen yang belajar Retailing kat Shah Alam pun turut sama apply kat company nie. Serta merta rasa kagum di hati. Kumerasai keagunganMu Yang Tuhanku…Ya, tak sia-sia kubergantung harap padaMu. Bertawakkal padaMu. Sungguh indah rencanaMu Ya Rabb!!

Manakala urusan rumah sewa pula hampir menemui jalan penyelesaian apabila hijab berjaya mendapatkan rumah untuk nureen. Syukran hijab!! Jumpa hari Rabu nanti yer. Sudah lebih setahun kita tak bertentang mata. Hanya di alam maya kita berhubung, memeriahkan ukhwah ini. Jumpa nanti sahabatku….



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...