Allah itu ada
sentiasa bersama kita
susah senang
kita sentiasa ada DIA
untuk berpaut
untuk mengadu
untuk meluah rasa
Dan DIA
akan sering berikan kita kekuatan
meringankan beban di dada
mensurutkan resah di jiwa
melapangkan kusut di fikiran
serta membuka jalan yang amat luas
bagi kita meneruskan perjalanan
Masalah....ujian...
pasti hadir di setiap langkah kehidupan
ada kala ia menyentak kita terjelupuk di tengah perjalanan
namun..
kita harus bangkit
istighfar...istighfar...istighfar
mungkin inilah kafarah dosa silam
Allah pasti membantu kita
dan menjadikan mudaj
masalah-masalah kecil kita
agar lebih segar jiwa kita
memikirkan masalah-masalah yang besar
betapa banyak masalah kecil
menjadi besar kerna kita membesarkannya
sedangkan lebih besar lagi tidak dipedulikan
Dan kita harus cari
penyelesaian dalam setiap
halangan-halangan yang menimpa
kerja kita terlalu banyak
mehnah-mehnah ini adalah
batu-batu kecil
yang Allah campakkan
untuk kita lebih mendekati diriNYA
untuk lebih suci jiwa untukNYA
jangan mundur ke belakang
atau beku kerana tekanan
takut-takut
kita lambat sampai ke tempat tujuannya
sedangkan syurga itu mahal harganya
sabarlah...
istigfarlah...
dan tadahlah tanganmu berdoa
kerna,
Allah itu ada...
1 comment:
ni sajak ke apa ek..hehe..
papepun ni memang bagus..untuk mengingatkan antara satu sama lain..kadang2 kita terlupa bahawa Allah sntiasa ada untuk kita..=)
Post a Comment