mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, July 11, 2011

Mencari diri

Assalamualaikum w.b.t.
Aku mulakan coretan ini dengan kalimah salam.
Cukup lama aku menyepi
Cukup lama aku menghilang
Aku coba mencari diri
Mencari identiti diri yang makin hilang
Hilang tanpa sebarang tanda

Diam
Mungkin itu yang terbaik
Namun, dalam diam masih belum jua kutemui
Kesudahan yang pasti

Tiada siapa yang tahu
Apa yang terbuku dihati
Ramai yang mentafsir
Ramai juga yang memberi pelbagai tanggapan
Tak lupa juga ramai yang tertanya-tanya
Apa yang sebenarnya yang berlaku
Terutama yang rapat dan akrab denganku sejak dari dulu lagi

Terima kasih sahabatku
Maafkanku.
Hanya maaf yang mampu aku pohon
Yang mampu kuucapkan
Kerna aku tak mampu meluahkan segalanya dalam bentuk perkataan
Kerna tiada satupun perkataan yang mampu menggambarkan
apa yang telah terjadi

Ya, Ramadhan hampir tiba
Yang pasti, aku mahu ramadhan kali ini cukup berbeza
Aku masih mengharapkan rahmat dariNya
Biarlah apapun tanggapan kalian
Aku tak peduli cara kalian menghakimiku
Yang penting...
DIA yang tahu..
Hanya DIA yang tahu
Tiada yang lain...

Moga aku temui diriku yang cukup lama hilang
Izinkan aku diam kembali
Tenggelam dalam duniaku sendiri
Diamku bukan bererti noktah segala-galanya
Tapi, diamku adalah bermulanya episod baru
Hilangnya aku adalah jalan terbaik...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...