mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, July 26, 2010

nostalgia itu.....menggamit rindu

salam nifsu syaaban buat sahabat sekalian....

Nostalgia- Soutul Amal

Pada subuh hari yang  hening ini membuatkan nureen teringat pada nostalgia bersama-sama arwah.....rindu bertandang lagi....rindu sentiasa bertamu di hati ini untukmu.....moga arwah bahagia di alam sana....

Masih segar dalam ingatan nureen saat indah bersama-sama arwah. Bagaimana jiwa ini dididik dengan kegiatan keagamaan sejak dari kecil lagi. Apabila tinggal bersama-sama arwah, arwah pasti mengajak nureen berjalan kaki ke masjid yang terletak di tepi jalan raya. Kala matahari masih belum menampakkan diri, saat suasana masih sepi, udara pagi begitu segar sekali, nureen dan arwah menyahut seruan azan subuh....rindunya pada nostalgia bersamamu.....tak mungkin ia mampu kita ulangi lagi kerana kita terpisah di alam yang cukup berbeza.



Ke mana sahaja arwah pergi, pasti nureen ingin turut serta. Bagai pasangan kekasih, sukar untuk nureen berpisah dengan arwah. Setelah nureen perlu ke sekolah, bagaikan tidak sabar untuk menantikan cuti sekolah tiba untuk melakar kenangan bersamamu. Kadang-kala, rindumu membawa dirimu padaku. Bilikku sentiasa terbuka untuk menerimamu. Tidurmu yang begitu tertib dan adab membuatkan nureen menjadikan amalan sunat Rasulullah SAW sebagai rutin harian nureen.

Dulu, nureen tertanya-tanya, kenapa arwah melunjurkan kaki sebelum tidur sambil tanganmu menadah bagaikan sedang berdoa. Kemudian, arwah melurutkan pada seluruh badan. Setelah menganjak dewasa, nureen mula paham. Malah, nureen turut jadikan amalanmu sebagai amalan nureen.



Ketika berumur 14 tahun, nureen berjaya masuk ke asrama dalam jurusan kejuruteraan awam. Sememangnya sebagai orang yang berpandangan jauh, nureen mewajibkan diri untuk belajar menyesuaikan diri dengan masyarakat yang pelbagai ragam. Ia sebagai persediaan sebelum melanjutkan pelajaran di menara gading.

Namun, disebabkan cita-cita nureen, masa kita bersama semakin singkat. Tapi, hati kita tetap dekat. Saat dirimu terlantar sakit, seluruh adik beradikku memujukku supaya memujuk abah untuk pulang bertemumu. Melawat dirimu. Melepaskan rindu padamu sebelum terlambat. Abah akhirnya akur dengan nureen. Senyuman terukir di wajah adik beradik nureen yang lain kerana tahu abah pasti mendengar kata-kata nureen. Kesian kalian, terpaksa menunggu nureen pulang dari asrama untuk melawat arwah.



Hujung minggu itu. Petang Jumaat yang tenang itu merupakan detik-detik terakhir nureen bersama-sama arwah. Bagaikan mengetahuinya, nureen segera mengambil surah yassin dan mengalunkan ayat suci Al-Quran khas untuk kekasihku yang sedang nazak. Pilu hati ini melihat arwah yang telah nazak. Nureen membisikkan kata-kata di telinga arwah. Memohon ampun dan maaf atas segala khilaf nureen pada beliau.

Berat sungguh hati nureen ingin meninggalkan tanah tumpah nureen dilahirkan ini. Namun, nureen juga punya tugas sebagai seorang pelajar. Sebaik pulang ke asrama terdetik di hati nureen yang nureen pasti akan pulang ke Kuala Krai kembali kerana arwah meninggal.....Lantas, nureen mengusir jauh rasa di hati.



Namun, gerak hati nureen tidak pernah salah menduga dan merasa. Pada Jumaat yang seterusnya, nama nureen di panggil oleh warden. Saat itu, nureen masih lagi melepaskan lelah setelah melakukan aktiviti lasak kegemaran nureen di pusat latihan khidmat negara yang terletak berhampiran dengan sekolah nureen. Pastinya arwahlah yang menjenguk nureen di kala itu. Nureen memandang ke langit. Walaupun hanya putih awan dan biru langit yang kulihat, jauh di dasar hati ini tahu bahawa roh arwah melihat nureen buat sekian kalinya.

Saat menerima khabar kematian arwah daripada warden nureen, meraung nureen dipelukan warden...Pilu. Sedih. Semuanya bersatu. Hujan mula turut, bagaikan turut menangisi pemergian arwah. Hujan jualah yang mengiringi nureen pulang ke kampung. Malang sekali, nureen tidak mampu menghadiahkan yassin buat arwah di kala itu. Hiba bertambah-tambah di hati.



Sekujur tubuh kaku itu nureen tenung dengan rasa sayang. Dengan rasa rindu yang menggunung. Mayat arwahlah satu-satunya mayat yang nureen cium sepanjang hayat nureen. Rasa sayang yang menebal di hati membuatkan nureen memberanikan diri mencium wajah suci arwah buat kali terakhir.

Sedang wajah kita bertaut, nureen melihat air matamu gugur....Sebak rasa hati. Pastinya arwah turut merasai kesedihan nureen kala itu. Kemudian nureen tertanya-tanya bagaimana air matamu gugur sedangkan rohmu sudah berpisah dari jasad???



Jika rinduku mula menggunung padamu...Terasa mahu pecah rindu di dada ini....Lantas kupanjatkan doa pada Yang Esa meminta roh kita dipertemukan. Nureen terus-terusan berdoa sehinggalah permohonan nureen diperkenankanNya. Lega rasa hati bila arwah datang dalam mimpi dalam keadaan yang bercahaya. Jelas terlakar diwajahmu kebahagiaan abadi telah dikecapi sebagaimana dijanjikan oleh Sang Kekasih. Masih nureen ingat bila arwah turut mengajak nureen untuk menikmati kebahagiaan yang kekal abadi itu.....

Chek, yah banyak dosa, mampukah yah merasai kebahagian itu???.....Rindu pada Chek. Moga kita dapat bertemu lagi di alam sana....

Alfatihah....

Mama kata gambar arwah dengan tok ayah ada pihak muzium negeri Kelantan mintak. Teringin untuk tengok gambar arwah yang disimpan oleh pihak muzium.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...