mutiara kata
Followers
blogwalking....
Thursday, March 25, 2010
ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS -part 2 =)
Assalamualaikum w.b.t nureen ucapkan kepada pengunjung teratak hubbulillahiyah ini. Pertamanya nureen ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dilapangkan sedikit ruang dan waktu untuk berkongsi rasa dengan kalian.
Action speaks louder than words. Pepatah inggeris ini amat sesuai nureen gambarkan pada cerita yang ingin nureen kongsikan kali ini. Ia sebuah kisah benar yang berlaku pada diri nureen sendiri. Sebelum nureen bercerita dengan lebih lanjut, ingin nureen ingatkan bahawa cerita ini bukanlah bertujuan untuk meriakkan diri, tapi sebagai renungan kita bersama.
Adalah menjadi amalan nureen untuk mengerjakan solat dhuha sebaik sahaja lepas waktu syuru’, walaupun nureen mempunyai kelas pada awal pagi. Nureen melakukan solat sambil disaksikan salah seorang sahabat nureen. Nureen tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dihadapannya. Nureen hanya ingin mendapat keredhaan ALLAH SWT dan keberkhatan rezeki.
Ketika nureen berbual di talian dengan ibu tercinta, nureen memberitahu ibu bahawa nureen mendapat 70% dan ke atas bagi semua test 1 nureen. Hasratnya hanyalah ingin menghiburkan hati sang ibu yang sedikit berduka lara. Nureen sedar nureen memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang anak yang menjadi harapan semua pihak. Nureen mengatakan keputusan yang baik ini mungkin sedikit sebanyak kerana mendapat berkat solat sunat dhuha yang sering nureen dirikan setiap pagi.
Mungkin kerana terdengar perbualan tersebut sahabat nureen bertanya pada nureen macam mana ingin melakukan solat sunat dhuha. Pada masa itu, hanya ALLAH yang tahu betapa gembiranya rasa hati kerana hati sahabat nureen telah digerakkan oleh Yang Esa untuk sama-sama mendirikan solat sunat dhuha.
Sempat nureen sujud syukur sebaik usai mengerjakan solar sunat dhuha sebagai tanda syukur pada Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Nureen teringat pada junjungan Rasulullah SAW yang telah berjaya membuka hati-hati untuk memeluk agama Islam yang suci ini. Ramai yang memeluk Islam kerana tertawan dengan akhlak baginda Rasulullah SAW.
Moga kita menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model kita dalam mendepani kehidupan mendatang. InsyaALLAH…
Akhir sekali, nureen memohon maaf sekiranya entry ini ada melukakan hati kalian. Sesungguhnya apa yang baik datangnya daripada ALLAH SWT dan apa yang buruk datangnya daripada kelemahan nureen sendiri.
Nureen2205
25032010
0946
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment