Kebahagiaan itu bila kita dapat membuat orang lain juga bahagia…..
Kali ni nureen nk cite ttg seorg hamba ALLAH yg nureen knl (xlh labgth sape orgnya). Tmpoh pengenalan br sethn jagung… apa yg menarik ttg hamba ALLAH ni smpai nureen nk share dgn pembaca2 blog hubbulillahiyah ni? Teruskan membaca entry ni sampai ke akhir ye……
Kita bg nama hamba ALLAH ni Aishah la ye (bkn nama sbnr). Aishah merupakan kenalan nureen yang asalnya seorang yang ‘freehair’. Namun, disebabkan dikalangan kami semuanya bertudung, dia rasa terpanggil untuk memakai tudung. Katanya dia segan dan rasa x selesa bila x pakai tudung. Erm, bagus la cam 2 n hope you keep it up, friend.
Yang kedua, yang menarik pasal si Aishah ni adalah kelembutan hati yang telah ALLAH kurniakan padanya. Seperti kebiasaannya, sebelum tidur, nureen akan membaca buku. Dats my habit. Nureen punya koleksi buku di rak yang terletak di sebelah katil nureen. Aishah lama2 tertarik dengan habit nureen dan sering kali melihat koleksi buku2 nureen untuk dibaca. Untuk pengetahuan kalian buku yang menjadi koleksi nureen adalah terdiri daripada buku motivasi, psikologi, buku2 keagamaan serta majalah2.
Pada suatu hari aishah mengatakan bahawa dia mula terikut dengan habit nureen. Syukur ke hadrat Ilahi kerana nureen mampu membawa suatu perubahan yang baik pada orang di sekeliling nureen. Pernah suatu hari (ketika diploma) bilik nureen dilawat oleh pegawai kolej. Beliau terkejut dan kagum dengan nureen serta roomate nureen yang punya banyak koleksi buku di sisi katil. Untuk pengetahuan kalian, kedatangan pegawai kolej itu di luar pengetahuan nureen.
Berbalik pada aishah, nureen tak pernah sekalipun mengajak mana2 sahabat2 nureen untuk menjadikan membaca sebagai hobi diorang, kecuali bila mereka mula menunjukkan minat untuk membaca. Like I say, ACTION SPEAK LOUDER THAN WORDS… seperti kata DR TUAH dalam bukunya BIAR BETUL-BETUL ,the beauty of reading will only be known by those who lovw books (muka surat 30). Kata beliau lagi, membaca dapat mengelakkan nyanyuk tau….malah ada kata2 pujangga mengatakan orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah.so, let make reading as a habit!!
Most of nureen punya baju, nureen sendiri yang reka sebelum ditempah pada tukang jahit. Niat nureen adlh supaya nureen tidak cepat bosan memakai baju yang sama, lebih2 lagi baju kurung. Selain itu juga nureen pnya koleksi jubah, pun nureen reka sendiri. Bukan untuk menunjuk2, tetapi sebagai kepuasan diri sendiri. Apatah lagi nureen sedar nureen pnya kelebihan dan cita2 untuk membuka butik muslimah suatu hari nanti, jadi dari sekarang la kena praktik,kn?
Pastinya kalian tertanya2 apa kaitannya jubah yang nureen reka dengan cerita nureen berkenana dengan sahabat nureen yang bernama Aishah, kn? Sebenarnya, secara tidak langsung cara pemakaian nureen yang gemar memakai baju kurung dan jubah rekaan nureen sendiri telah menarik minat Aishah untuk memakai jubah! YA ALLAH!!! Syukurku pada hadratMu Ilahi….nureen bersyukur bila Aishah memberitahu nureen bahawa dia mula tertarik untuk memakai jubah dan bercita2 untuk menempah jubah seperti nureen juga.
Tidak pernah sekalipun nureen mengajak sahabat2 nureen untuk sama2 memakai jubah seperti nureen. Cuma nasihat nureen pada Aishah, jika ingin berubah biarlah lahir dari hatinya sendiri, niat kerana ALLAH SWT, bukan kerana ada orang yang kita sayang yang ingin kita berubah. Apa yang penting ikhlas. Marilah kita doakan agar Aishah tetap istiqomah dalam melakukan perubahan yang lebih baik.ameen
Nureen2205
15012010
1851
2 comments:
alhamdulillah...
org ckp....nk dpatkan kjayaan xseteruk mengekalkan kejayaan...
mcmtue jgk soal hidup kita...
ssah nk kkal(istqmah) lam sesuatu bnda yg bawak kpada kbaikan...
tp....
selagi insan mncuba,selagi tue jgk pertolongan drpda TUAN selalu bersama....kan?=)
ye, nureen stuju dgn shahir...
moga kita semua senantiasa istiqomah dlm melakukan amalan yg mulia
Post a Comment